Bil | Perkara | catatan |
1 | AKTIVITI : SEMBAHYANG HAJAT DEMI KESEJAHTERAAN SEKOLAH CERAMAH KEIBUBAPAAN CERAMAH SAHSIAH DAN KEROHANIAN UNTUK MURID TAHAP 2 | |
2 | MATLAMAT : · Melahirkan murid-murid yang berdisiplin tinggi. · Pentadbiran dan pengurusan sekolah dalam keadaan yang baik. | |
3 | OBJEKTIF · :i) Keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2011 · ii) Mengharumkan nama sekolah di arena kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. | |
4 | TARIKH & HARI : · 13.03.2011(Ahad) | |
5 | MASA : · 8.OOPG-2.00ptg | |
6 | TEMPAT : · SJK TAMIL LDG LANADRON,PANCHOR MUAR | |
7 | SASARAN : · Guru –guru , orang awam, Ibu bapa dan murid-murid tahap 2 | |
8 | KOS : · RM 100.00 | |
9 | SUMBER PERBELANJAAN: · SEKOLAH | |
10 | LAPORAN : Pihak sekolah telah mengundang seorang “Sittar” dari Tanjavur Tamilnadu,India yang bernama Arul Oli Sittar En.Sakrabani Swami. Lebih seratus orang telah menghadiri Majlis Sembahyang Hajat Kesejahteraan dan Ceramah Sahsiah ini termasuk guru-guru, ibubapa, orang awam dan murid-murid tahap 2.Beliau telah memberi ceramah tentang cara-cara membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid-murid dan ibu bapa.Murid-murid perlu berdisiplin semasa belajar . Beliau juga menyatakan bagaimanakah ibubapa boleh membentuk keperibadian mulia di kalangan murid-murid. Selain itu beliau juga menerangkan tentang kepentingan ilmu untuk masa depan mereka. Beliau juga telah mendedah beberapa amalan untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan .Guru Besar merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Arul Oli Sittar En.Sakrabani Swami yang telah sudi melapangkan masa untuk hadir bersama serta memberi restu dan ceramah yang penuh bererti.Guru Besar juga merakamkan penghargaan kepada semua yang sudi hadir dalam Majlis ini.Beliau juga merakamkan penghargaan kepada En.Selva, Pengerusi Sri Ramakrishna Asramam, Kulai yang telah memainkan peranan yang penting dalam pengundangan Arul Oli Sittar ke sekolah kami.Akhirnya beliau telah merestui semua murid, guru dan sekolah. Murid-murid dan juga para hadirin juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama Arul Oli Sithar. Program ini yang telah memberi manfaat yang amat tinggi kepada para kehadiran berakhir pada pukul 2.00 petang. | |
11 | GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI-LAMPIRAN |