Majlis Penyerahan Bangunan Baru
SJK TAMIL LANADRON , PANCHOR
Pada 14.01.2007 , pihak sekolah , selepas mengalami bencana banjir , telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PPD Muar dan Jabatan Pelajaran Johor agar sekolah ini dibina bangunan tiga tingkat , untuk mengelak kerosakan banjir. Pada 01.04.2009 , YAB Timbalan Perdana Menteri, pada masa itu, YAB Dato'Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah meluluskan bantuan kewangan RM 1.04 juta Ringgit . Peruntukkan ini hanya mencukupi untuk membina satu blok bangunan dua tingkat . Oleh kerana peruntukan yang dilulus tidak mencukupi untuk membina bangunan tiga tingkat maka pihak sekolah merayu kepada KPM melalui PPD,JPNJ dan JKR untuk menambah peruntukkan kepada RM 2.6 juta. Dengan limpah kurnia Tuhan yang maha Berkuasa pihak kerajaan telah bermurah hati meluluskan RM 2,604,000.00 untuk tujuan tersebut.
JKR telah melantik MUDA MEKAR SDN BHD sebagai kontraktor utama untuk melaksanakan projek pembinaan SATU BLOK BANGUNAN TIGA TINGKAT. Pihak kontraktor telah memulakan projek ini pada 05.12.2009 dan telah menyiapkan pada 15 Disember 2010 dua minggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan dan telah diambil milik oleh JKR Muar pada 16 Disember 2010. JKR juga telah membenarkan pihak sekolah untuk memulakan pembelajaran dan pengajaran di bangunan baru pada 03.01.2011.
Majlis penyerahan bangunan baru secara rasmi telah berlangsung pada 14 Januari 2011 jam 9.30 pagi di Bilik Komputer Bangunan Baru SJK Tamil Lanadron. Majlis penyerahan bangunan secara rasmi telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Johor , Pejabat Pelajaran Daerah Muar, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Kerja Raya Daerah, Kontraktor Muda Mekar Sdn Bhd, Kontraktor Hariza Enterprise, Kontraktor Diyman Enterprise ,Guru Besar dan guru penolong kanan sekolah.
Mohd Azuan Sahak ,Jurutera Awam JKR Muar telah mempengerusikan majlis tersebut. En.Mohd.Nasseruddin bin Abd.Samat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor , En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan, En.Barimin bin Kasirin, Penolong Jurutera Bangunan JKR Daerah Muar dan En.M.Turuvangadam ,Guru Besar SJK Tamil Lanadron telah memberi ucapan dalam majlis tersebut.
Guru Besar dalam ucapannya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia , Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Kemeterian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar di atas sokongan mereka dalam projek ini. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada En.Bariman dan En.Shaiful dan En.Ahmad Jaafar dari JKR yang telah banyak membantu dalam kejayaan projek ini. Guru Besar juga merakamkan penghargaan yang tinggi kepada En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan dan Tuan Hj Haris bin Hashim , Penyelia di unit Pembangunan dan Perolehan Pejabat Pelajaran Daerah Muar di atas sumbangan mereka yang tak terhingga dalam kejayaan hasrat sekolah untuk membina bangunan tiga tingkat. Guru Besar bagi pihak sekolah juga merakamkan penghargaan kepada Kontraktor Utama projek ini Muda Mekar Sdn Bhd dan semua kontraktor - kontraktor lain , Unit Pengurusan Projek JKR , Cawangan Kerja Arkitek JKR , Cawangan Kontrak dan Ukur JKR , Cawangan Kerja Mekanikal JKR , Cawangan Kerja Elektrikal JKR dan semua yang telah menyumbangkan tenaga dan masa bagi menjayakan projek ini. Guru Besar juga menyatakan bahawa warga sekolah berasa sangat berpuas hati dengan pelaksaan projek ini.

Md Hanafi bin Omar ,Pengarah Pengurusan Muda Mekar Sdn Bhd.telah menyerahkan replika kunci bangunan baru kepada En.Barimin bin Kasirin , Penolong Jurutera Awam Bahagian Pendidikan JKR Muar dan seterusnya En.Barimin bin Kasirin menyerahkan replika kunci tersebut kepada En.Mohd.Nasseruddin bin Abd.Samat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan seterunya beliau menyerahkan kunci tersebut kepada En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan dan akhirnya beliau menyempurnakan majlis penyerahan bangunan baru dengan menyerahkan replika kunci bangunan baru kepada En.M.Turuvangadam ,Guru Besar SJK Tamil Lanadron.